Saya bina sebuah kampung di Neocities.
Jom melancong ke kampung saya.

KAMPUNG TANJUNG API

Khamis, Julai 23, 2026

Bina Konsert

Page kedua saya buat konsert.

Artis pilihan : Avril Lavigne. One of my fav singer.

Saya sama umur dengan Avril. Album pertama dia pun saya beli.
Time tu saya kat matrikulasi.
Hari-hari dengar lagu dia.


Rabu, Julai 22, 2026

Bina Kampung

Saya decide nak buat style gothic.

Tak pasti kalau itu label dia. Saya suka style serba hitam, smokey eyes, lagu pilu dan marah. Saya rasa style tu gothic, tapi tak juga. Esmo pun tak juga. Tapi ala-ala itu la ye. Tak pandai juga melabel ni.
Cuma itu style saya.

Disebabkan dah lama tulis blog, saya tak rasa nak buat style yang biasa saya uat blog.
Dah biasa, dah tak rasa nak tulis macam tu.

Orang kat Neocities tu rata-rata suka style zaman dulu : 2000's

Saya okay je style tu, cuma dah biasa lalui style tu pasa tahun 2000 dulu.
Style saya dah berubah.

Saya nak bina sebuah kampung. Dalam kampung tu nanti ada macam-macam aktiviti orang boleh buat. Inshaa Allah.

Selasa, Julai 21, 2026

Bina Page Pertama

Setelah sekian lama akhirnya saya bina page pertama.

Page depan ni macam sample yang ada coding asas.
Saya akan kekalkan macam tu sebagai rujukan.