Saya bina sebuah kampung di Neocities.
Jom melancong ke kampung saya.

KAMPUNG TANJUNG API

Isnin, Ogos 03, 2026

Server Down (agaknya)

Siang tadi saya buat muka surat depan laman neocities.
Muka sirat depan tu simple je. Cuma selamat datang dan butang enter.

Malam ni site tu tak boleh buka.
Site lain semua boleh. Site tu satu je problem.
Saya biarkan dulu, sambil buat site baru.
Tapi site baru pun tak boleh view.
Hemo hemo hemo!


Pastu..pastu..
Saya kene buat apa ni? Hahahaha.

Saya sebenarnya nak kemaskini page 'rumah saya'. 
Nak buat ruang personal.
Tapi kalau buat pun nanti tak boleh view pulak.

Oleh itu apa nak buat malam ni?


Ahad, Ogos 02, 2026

Pass Avril Fan Made

 


Perkampungan dan Guestbook Done!

 Perkampungan (kejiranan) dah siap.

Guestbook pun dah siap.

Planning nak buat merch untuk konsert. Tapi saya betul-betul tak pandai lukis.

Mungkin guna Canva?

Sabtu, Ogos 01, 2026

Kejiranan

Dah siap konsert, kafe dan panggung wayang.

Next bina kejiranan.

Lerak dalam 10 butang dalam tu.

Tambah borang untuk submit button